Semakin Hari Semakin Gagal

Semakin hari saya semakin gagal menguruskan blog ini. Entah apa penyakit yang melanda. Kadangkala rasa geram pun ada pada diri sendiri. 

Sekarang ribut petir politik sedang melanda. Taufan mungkin, yang mana anda tak dapat berbuat apa-apa hanya menanti dengan penuh ketakutan. Anda boleh berlari kebilik bawah tanah, tetapi kerosakan diatas sangat dahsyat.

Taufan kemerosotan ekonomi juga melanda.  Saya menerima ancaman itu secara lansung. Moga-moga Allah melindungi.

Allah Maha Menyinta

Gubahan Lagu terkini

Perempuan
Kau mendunguku dengan cinta
Cinta yang malu ku katakan
Lelaki
Kau membingungku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Perempuan
Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun

Lelaki
Memikirkan kita bisakah bersama

Lelaki & Perempuan
Allah Maha Menyinta
CintaNya yang tak ada tandingan
Namun makin tak bisa
Taat ku bertamu

Perempuan
Kita yang beku hati
Untuk mengakui fana cinta

Lelaki
Usaha sekeras hati
Terbuta selamanya

Lelaki & Perempuan
Allah Maha Menyinta

Pusing Kole

Jika anda pernah menjalani kem-kem bina semangat, pasti anda pernah melakukan aktiviti pusing kole. Peserta perlu berpusing dengan meletakkan hujung jari salah satu tangan anda atas tanah (asal usulnya letak dalam kole yg diletak atas tanah) dan buat beberapa pusingan. Kemudian anda dikehendaki berlari menuju satu tempat dalam keadaan anda sedang pening lalat. Maka terhuyung-hayanglah anda. Jika anda ‘fed-up’, anda terus baring tanpa meneruskan larian.

Begitulah keadaan Malaysia sekarang. Anda dipaksa memusing kole berpuluh-puluh kali(bermacam krisis) hingga menyebabkan anda bingung. Jika anda kuat anda akan meneruskan perjalanan. Bagi kebanyakan orang, mereka memilih untuk terus baring melegakan kepeningan daripada cuba sampai ditempat yang dituju.

Maka tujuaan orang yang memusingkan anda berpuluh kali itu telah berjaya, iaitu supaya anda ‘fed-up’ dengan kemahuan sendiri.

Malunya

Ketika saya dengan teliti mengambil semua sumber berita baik BN,PR dan berkecuali, saya masih lagi tersilap. Berita Adun Bukit Lanjan letak jawatan berkumandang dikebanyakan portal berita online BN,Pr dan berkecuali. Sejak pagi saya mula meneliti. Dan dalam pukul 11 pagi saya sms kepada sahabat-sahabat sekawasan bahawa satu lagi Bukit akan ada pilihanraya. Kebetulan Bukit Lanjan dalam kawasan kami. Tup-tup lepas saya sms, bila saya periksa semula, portal-portal berita sudah membuat pembetulan. Adun Bukit Lanjan cuma menawar diri untuk letak jawatan.  Nasib baik tak hantar sms pada semua orang.

Aduh, malunya sama seperti malunya Adun itu dengan gambarnya. Terpaksalah saya membuat ‘damage control’ atas sms saya dengan mengsms semula. Saya bukan kesah sangat pasal gambar tersebut, cuma terasa terpanggil jika betul letak jawatan, maka kami ada kerja besar menanti.

Hanya HarakahDaily tidak ada berita mengenai hal ini. Mungkin disini kelebihan HarakahDaily. Biar pun biasanya HarakahDaily kadangkala ketinggalan dari portal berita lain. Harakah agak teliti berkenaan berita yang dipaparkan. Tapi kadangkala respons yang lambat membuatkan orangramai terpingga-pinga dalam keadaan-keadaan tertentu.

Bila saya fikirkan semula, saya dah berusrah mengenai menyemak berita yang sampai melalui satu hadis. Tapi biarpun saya berusaha untuk menyemak, masih lagi boleh berlaku kesilapan. Biar pun sumber tu dari pelbagai pihak pun ianya masih salah.

Pukul 2 petang DSAI akan buat sidang akhbar. Walaupun jika DSAI umumkan Adun itu letak jawatan….aduh malu. Malu bukan apa, malu dah berusrah tapi gagal praktik biarpun dah berusaha sedaya upaya. Usrah akan datang pasti hal ini dibincangkan. Apa boleh buat, dah buat silap.

Jika saya punya jentera saraf, saya akan menggunakan isu ini untuk menekankan kepada rakyat bahawa adalah penting pemimpin terdiri dari mereka yang bebas salah laku dan berakhlak mulia. Maka anda tahu siapa yang yang mendapat faedah jika saraf ini berjalan.

Lamanya

Entah berapa kali saya nak tulis lamanya saya mengabaikan blog saya ini. Tak kurang 4 kali rasanya. Tengok kawan-kawan mula aktif berblog, terasa nak aktif semula. Tengoklah nanti.

Harakah digodam?

Sehingga 2345 7 Jan 2009, web harakah hanya memaparkan huruf z dan pop-up. Apa sudah jadi?

Beza Nabi Israel, Bani Israel dan Yahudi

Nota ini didapati dari sahabat saya yang menuntut di Madinah. Harap dapat menambah ilmu.

Menjawab soalan tentang perbezaan antara Nabi Israel, Bani Israel dan Yahudi tersebut, saya berpendapat seperti dalam nota berikut:

Israel Alaihi as-Salam adalah Nabi Yaakub. Ini seperti yang dinyatakan oleh para ilmuwan tafsir.Imam al-Khazin dalam Lubab at-Takwil menyatakan: Para ahli tafsir bersepakat bahawa Israel adalah Yaakub (Nabi) Bin Ishak (Nabi) Bin Ibrahim (Nabi), selawat dan salam Allah ke atas para nabi sekalian.

Kita boleh menyemak kenyataan ini dengan melihat huraian ahli tafsir kepada ayat 63 surah Keluarga Imran yang bermaksud:
Semua makanan adalah halal kepada Bani (keturunan) Israel kecuali apa yang Israel haramkan ke atas dirinya sebelum diturunkan Taurah.Ibnu Jarir berkata: Pendapat yang paling dekat dengan kebenaran ialah pendapat golongan yang mengatakan bahawa makna ayat tersebut ialah: Semua makanan adalah halal ke atas keturunan Israel sebelum penurunan Taurah kecuali apa yang Israel haramkan sendiri ke atas dirinya tanpa diharamkan oleh Allah. Oleh itu, makanan tersebut menjadi haram disebabkan bapa mereka (iaitu Israel) mengharamkannya ke atas mereka, bukan diharamkan oleh Allah melalui penurunan atau wahyu tertentu sebelum Taurah. Keadaan adalah demikian sehinggalah apabila Taurah diturunkan, maka Allah menetapkan di dalamnya makanan yang halal dan haram ke atas mereka seperti yang Dia kehendaki.

Terdapat riwayat-riwayat tertentu yang menceritakan apa yang diharamkan oleh Nabi Yaakub ke atas dirinya dan keturunannya. Cuma kenyataan para ahli tafsir adalah berbeza-beza ketika menentukan sama ada Israel adalah nama atau gelaran kepada Nabi Yaakub. Sebahagian daripada mereka menyatakan bahawa Israel adalah nama kedua Nabi Yaakub.

Menurut mereka, Israel adalah nama kedua Nabi Yaakub yang berasal dari Bahasa Hebrew. Mereka berbeza pendapat dalam menentukan makna kalimah Israel dan asal-usul penamaan Nabi Yaakub dengan nama tersebut.

Sebahagian besar berpendapat Isra bermaksud hamba dan el bermaksud Allah sepertimana Jibir, Mika, Israf, Somu, Jo (Yohua), Emanu, Dani, Isma3 yang digandingkan dengan el lalu menghasilkan nama Jibrael, Mikael, Israfel, Somuel, Joel (Yohuel), Emanuel, Daniel dan Isma3el.

Adapun Bani Israel, maka mereka adalah anak-anak dan keturunan Israel Alaihi as-Salam. Israel mempunyai 12 orang anak yang merupakan asas kepada Asbath (Tribes). Asbath adalah kabilah dalam keturunan Israel. 12 anak (Twelve Patriarchs) tersebut menurut Yahudi hari ini adalah Reuben, Simeon (Syam3un), Levi (Lawi), Judah (Yahuza), Issachar, Zebulun, Joseph (Nabi Yusuf), Benjamin (Bunyamin), Dan, Naphtali, Gad dan Asher. Semua anak Israel, asbath dan keturunannya dipanggil Bani Israel.

Berkenaan Yahudi pula, para ilmuwan berbeza pendapat tentang pengertian dan asal kalimah tersebut. Yang pentingnya, Yahudi adalah golongan yang mendakwa mereka mengikut agama Nabi Musa Alaihi as-Salam.

Dalam al-Quran, mereka dipanggil juga Bani Israel (keturunan Yaakub), kaum Musa (yang membebaskan mereka dari Firaun), Ahli Kitab (yang mengikut Taurah) dan al-Yahud.
Apa yang jelas kelihatan dalam al-Quran, gelaran Bani Israel digunakan pada ayat-ayat yang berbentuk pujukan, ingatan kepada nikmat, pengkisahan dan kenyataan darjat. Cuba semak ayat-ayat yang mengandungi kalimah Bani Israel. Dalam keadaan-keadaan tersebut, mereka diingatkan bahawa mereka adalah keturunan seorang yang sangat mulia iaitu Israel Alaihi as-Salam, bapa kepada bangsa yang dimuliakan Allah ke atas seluruh alam.Apabila disebut dalam al-Quran “wahai Bani Israel” ia ditujukan kepada keturunan Israel Alaihi as-Salam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad sollalLah alaihi wa sallam dan zaman seterusnya.

Manakala al-Yahud pula digunakan pada ayat-ayat yang berbentuk kecaman, celaan dan penceritaan tentang perbuatan buruk sebahagian keturunan nabi tersebut. Sila semak ayat-ayat yang mengandungi perkataan al-Yahud.Dalam Perjanjian Lama (Old Testament) pula, perkataan al-Yahud tidak digunakan melainkan dalam Bahagian Izra ketika menceritakan kejatuhan kerajaan Yahuza dalam kisah penawanan Babel. Seakan-akan Yahudi adalah gelaran raja-raja Parsi kepada keturunan Yahuza. Ini menggambarkan seolah-olah nama Yahudi digunakan setelah kerosakan sebahagian keturunan Israel Alaihi as-Salam dan penyelewengan mereka terhadap ajaran Allah.

Cermin Gaza

Ramai yang terkial-kial mencari apa yang patut dilakukan kepada zionis. Mahu pergi ke Gaza berjuang, semacam tidak mungkin dan yang paling mungkin adalah diri yang takut untuk bertempur.  Untuk terus memboikot semacam usaha longlai selagi tidak dilakukan oleh seluruh dunia Islam dan masing-masing faham peruntukan dan sokongan Amerika lah yang paling besar.

Namun kita seharusnya bersyukur Gaza dan Tebing Barat adalah cermin yang Allah kurniakan kepada umat Islam untuk mencermin diri. Selagi mana terus bergolak bumi barakah itu, maka ia adalah petunjuk kepada umat ini bahawa umat ini masih bergolak pada akidah,akhlak dan amal.

Berapa ramai yang mengenggam penumbuk geram tetapi masih terumbang ambing dalam menunaikan tuntuan agama.  Berapa ramai yang lupa garis panduan Allah didalam surah At-taubah 9:24 bahawa 8 perkara dibawah jika lebih dicintai dari Allah,Rasul dan jihad di jalan Agama maka tunggulah pembalasan Allah.

  1. Bapa
  2. Anak
  3. Adik beradik
  4. Isteri dan Suami
  5. Saudara mara
  6. Harta yang diusahakan
  7. Perniagaan yang ditakuti merosot
  8. Rumah tempat tinggal yang disukai

Dan ingatlah bahawa sejarah telah menunjukkan Saidina Umar r.a dan Sallehudin Al-Ayubbi telah masuk ke Palestin dengan askar dan umat yang paling berkualiti. Jika Yahudi sangat termotivasi bahawa Palestin adalah tanah yang dijanjikan, tidakkah kita termotivasi dengan janji Allah dan Nabi SAW bahawa kita akan kembali kesana. Tetapi dengan diri diperkemaskan terlebih dahulu.

Menghampiri 1430 Hijrah

Dalam masa 11 hari lagi kita akan menempuh Tahun 1430 Hijrah. Dekad baru.Suka saya kumpulkan disini fakta-fakta berkenaan Tahun Hijrah untuk renungan bersama.

  • Tahun Hijrah mempunyai kira-kira 354 hari setahun, kurang lebih kurang 11 hari dari Tahun Masihi.
  • Oleh yang demikian, dalam tempoh 33 Tahun Masihi, Tahun Hijrah sudah 34 tahun. (33 Tahun Masihi mempunyai lebih kurang 12053 hari manakala 34 Tahun Hijrah 12036 hari)
  • Pengiraan untuk akil baligh, haul untuk zakat dan sebagainya jika mahu diikut zaman Nabi adalah dalam Tahun Hijrah. 
  • Pengiraan umur dalam Hijrah menyebabkan anda lebih tua 1 tahun dalam tempoh 33 Tahun Masihi dan 2 tahun dalam tempoh 66 Tahun Masihi
  • Tahun Hijrah lebih adil.Sebagai contoh jika pada Bulan Januari 2008 bersamaan Bulan Muharram 1429, maka Bulan Muharram akan jatuh semula pada Bulan Januari 33 Tahun Masihi berikutnya iaitu 2041.Maka bulan Muharram akan dirasai pada semua musim. Begitu juga Bulan Puasa dan Haji.

Lumpur Bukit Antarabangsa

Tiada apa yang hendak ditulis. Hanya tumpang bersedih atas kejadian begini. Kejadian begini mungkin boleh dielak dengan perancang yang jitu. Tetapi jika Allah berkehendakan ia terjadi tiada yang mampun menghalang. 

Kepada mangsa-mangsa kejadian, bersabar. Allah sedang berbicara.